ayat mulia~
Saturday, 6 February 2010
Menderhaka kepada kedua ibu bapa adalah termasuk di dalam dosa besar. Tentunya kita sebagai umat Islam yang mengaku beriman dengan adanya kewujudan Allah yang Esa tidak mahu melakukan sekecil-kecil maksiat kepadaNya apatah lagi untuk melakukan dosa besar. Di dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh imam al-Bukhari di dalam sahihnya, di dalam kitab al-adab, terjemahnnya -daripada ‘Abdullah bin Umar berkata, Rasulullah saw telah berkata bahawa salah satu daripada dosa-dosa besar adalah seseorang lelaki melaknat ibu bapanya, mereka berkata wahai Rasulullah bagaimana mungkin seseorang lelaki sanggup melaknat ibu bapanya. Rasulullah berkata seseorang yang menghina ibu bapa orang lain dan dia juga membalas dengan menghina ibu bapanya. Jelas di sini bahawa Rasulullah telah menggolongkan orang yang menderhaka kepada ibu bapa adalah berdosa besar. Malah berdasakan hadith di atas juga kita lihat bahawa dilarang menghina ibu bapa orang lain kerana perbuatan tersebut sama seperti menghina ibu bapa sendiri. Begitulah akhlak dan adab sopan yang diajar oleh baginda dengan tidak menghina mana-mana makhluk sekalipun.
Ulama telah menggolongkan kesabaran kepada dua iaitu sabar menghadapi ujian dan musibah daripada Allah dan sabar di dalam mengerjakan ketaatan kepada Allah. Kedua-duanya memerlukan tahap keimanan yang tinggi kerana tanpa iman dikhuatiri orang yang dilanda musibah akan tergelincir aqidahnya dan orang yang ingin melakukan ketaatan putus harapannya. Begitu juga dengan suruhan mentaati ibu bapa dan tidak menderhaka kepada kaduanya adalah termasuk sabar di dalam mengerjakan perintah Allah. Mungkin selama bersama dengan ibu bapa terdapat perkara-perkara yang tidak berkenan pada pandangan kita namun kita perlu sabar dan taat kepada keduanya, barangkali apa yang tidak kita sukai itu merupakan perkara yang terbaik untuk kita bahkan seringkali kita dengari pilihan ibu bapa adalah yang terbaik kerana ibu bapa hanya menginginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Ketaatan anak-anak kepada ibu bapa mereka tidak akan gugur sama sekali selagi mana mereka tidak menyuruh kepada perkara yang maksiat. Walaupun ibu bapa mereka bukan beragama Islam wajib untuk anak-anak mentaati dan tidak menderhaka kepada kedua orang tuanya. Sebagaimana di dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam sahihnya, kitab al-adab, Rasulullah saw bersabda, terjemahannya –daripada Abu Hurairah berkata, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah saw lalu bertanya kepada baginda wahai Rasulullah siapakah orang yang lebih berhak untuk aku berbuat baik kepadanya maka baginda menjawab ibumu, kemudian siapa? Rasulullah saw menjawab ibumu. Kemudian siapa? Rasulullah saw menjawab ibumu, kemudian siapa?kemudian ayahmu.
Dunia hari ini banyak menyaksikan kekurangan akhlak terutamanya dikalangan para remaja. Para remaja hari ini banyak menyaksikan dan belajar aksi-aksi negatif dari pelbagai kelompok dan ajaran songsang yang kebanyakannya berpunca dari barat. Kami tidak menuduh barat sebagai penyebab kesan negatif namun kedaifan para remaja Islam itu sendiri yang mudah terpengaruh dengan aksi-aksi negatif dari barat disebabkan rapuhnya pasak aqidah yang dibenamkan di dalam diri para remaja Islam sekarang sehinggakan tidak mampu untuk menolak gelombang-gelombang negatif. Bahkan terlalu lemah untuk mempertahankan identiti keislamannya yang sepatutnya menjadi kebanggaan kepada setiap umat Islam. Salah satu kesan negatif yang diamalkan adalah tidak menghormati ibu bapa malah meletakkan taraf ibu bapa setara atau lebih bawah dari mereka. Marilah sama-sama kita renungkan hadith ini yang diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam sahihnya, terjemahnnya –Rasulullah saw ditanya apakah amalan yang paling Allah sukai? Rasulullah saw menjawab solat tepat pada waktunya, kemudian apa? Rasulullah saw menjawab berbuat baik kepada ibu bapa, kemudia apa? Rasulullah saw menjawab kemudian berjihad di jalan Allah. Hadith ini meletakkan amalan berbuat baik kepada ibu bapa pada turutan yang kedua selepas mengerjakan solat. Ini bermakna menunaikan hak kepada kedua ibu bapa lebih utama berbanding berjihad untuk menunaikan tanggungjawab negara dan masyarakat. Sedangkan mengerjakan solat adalah hak hamba kepada Allah sememangnya diutamakan dari segala-galanya. Jadi mengapa masih terdapat anak-anak yang mengabaikan tanggungjawab mereka kepada orang tuanya bahkan di dalam sahih al-Bukhari terdapat satu bab iaitu ‘bab tidak boleh berjihad kecuali dengan izin ibu bapa’. Mengapa? Kerana ketinggian kedudukan ibu bapa itu mengatasi segalanya pada kehidupan anak-anak. Sedangkan untuk berjihad sahaja memerlukan izin orang tua, apatah lagi untuk keluar berjalan-jalan dengan kawan, lebih lagi memerlukan persetujuan ibu bapa. Oleh itu, marilah sama-sama kita sebagai anak merenung mengapakah masih kita menderhaka kepada ibu bapa sedangkan ibu bapa yang telah menjaga dan mengasuh malah bersusah payah sehinggakan setitik air susu ibu tidak akan sama dengan segunung emas dan setitik peluh ayah pasti tidak akan sama dengan selautan intan.
Tuesday, 8 December 2009
Di dalam masalah ini, kita sebagai hamba tidak layak untuk menilai dan mempersoalkan paras keadilan dan tanda kasih Allah kepada manusia secara membuta tuli sedangkan sama ada manusia itu sedar atau tidak Allah sentiasa menyelamatkan hamba-hambanya daripada sebarang bentuk kesengsaraan dan sentiasa menunjukkan jalan kejayaan kepada hambanya dengan memberikan kitab sebagai panduan untuk menuju kepada kejayaan tersebut. Kejayaan yang dimaksudkan di sini adalah kejayaan di akhirat kelak yang merupakan satu kejayaan yang paling berjaya untuk diraih dan diidam-idamkan oleh setiap insan yang mengetahui betapa berharganya kejayaan yang diperolehi di akhirat kelak.
Pensyariatkan perintah dan larangan adalah sebagai salah satu ujian dan cubaan yang perlu ditempuh oleh setiap insan. Perintah dan larangan ini jika diteliti merupakan salah satu bentuk keadilan dan tanda kasih Allah. Bahkan di dunia manusia mencipta undang-undang yang berbentuk tegahan dan kewajipan sedangkan Allah lebih berhak untuk menentukan apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu dijauhkan. Jika larangan diingkari dan kewajipan dilupai maka balasan yang setimpal akan dikenakan. Di dalam hal ini, Allah maha adil di mana menilai mana-mana kesalahan yang dilakukan akan diadili dengan pengadilan paling adil. Tiada tindasan akan terjadi, yang tertindas akan diberikan haknya dan yang menindas akan ditindas dan diberikan balasannya.
Tidak ada istilah ‘kejam’ di dalam pengadilan Allah kelak kerana di dunia ini lagi Allah telah memberikan peringatan bagi setiap perbuatan yang kita lakukan dan apa yang bakal kita perolehi. Setiap perbuatan pasti akan diperhitungkan walau sekecil mana pun perbuatan tersebut pasti tidak akan terlepas daripada pandangan Allah dan pasti akan dibawa ke muka pengadilan. Sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Zalzalah ayat 6-8. Terjemahannya “Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Sesiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun nescaya dia akan diperlihatkannya, dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun nescaya dia akan diperlihatkannya juga”. Begitulah janji Allah di dalam pengadilan yang bakal ditempuhi oleh semua umat manusia kelak.
Kasih sayang dan keadilan Allah akan tersirna lagi bagi pemikir dan orang-orang yang mengimani suruhan dan larangan Allah dengan sepenuh hati. Ini kerana bagi setiap larangan dan suruhan pasti terkandung hikmah dan kebaikan yang banyak di dalamnya seperti larangan meminum arak. Arak dikenali juga sebagai ibu kepada maksiat. Dengan meminum arak fikiran manusia akan menjadi khayal, mabuk dan hilang pertimbangan sebagai manusia biasa. Di dalam keadaan ini, akal manusia tidak lagi mampu untuk menolak dan menimbang apa yang betul dan apa yang salah. Fikiran-fikiran yang matang akan terbantut kematangannya, fikiran yang logik akan terawang-awang kelogikannya, fikiran yang bernas akan tercantas kebernasannya gara-gara arak dan kemabukannya. Di dalam keadaan yang khayal dan mabuk ini, manusia akan berbuat apa sahaja tanpa terlebih dahulu meminta pertimbangan akal untuk menentukan sama ada baik atau tidak. Mungkin sahaja membunuh atau berzina, malah mencaci maki dan mengherdik ibu bapa juga tidak terkecuali kerana apa sahaja bakal terjadi ketika seseorang di dalam keadaan yang mabuk. Justeru, larangan Allah adalah untuk menyelamatkan manusia daripada menjadi seperti haiwan yang tiada akal dan kewarasan fikiran. Haiwan tidak dikurniakan akal dan pertimbangan kewarasan fikiran sedangkan orang-orang yang mabuk kerana meminum arak juga telah tercabut kewarasan fikirannya dan ini sama keadaannya seperti haiwan.
Di dalam pada itu, Allah telah menyediakan syurga dan neraka bukanlah tanda Allah tidak menaruh kasih sayangNya terhadap hamba-hambaNya akan tetapi itu adalah tanda keadilan Allah. Allah telah memberikan al-Quran sebagai buku untuk rujukan semua umat manusia agar mereka mengetahui apa yang perlu mereka lakukan dan apa yang perlu mereka tinggalkan, apa ganjaran bagi setiap kewajipan dan apa balasan bagi setiap larangan. Allah telah menyebutkan berkali-kali mengenai ganjaran dan balasan yang telah disediakannya. Tetapi adakah dengan adanya neraka itu tandanya Allah telah hilang sifat kasih sayang. Tidak sekali-kali bahkan itulah tandanya Allah sangat mencintai hambaNya kerana neraka disediakan agar manusia merintih, merayu dan meletakkan dahinya ke bumi agar dijauhkan dari seksaan neraka. Mereka akan bertaubat agar dosa-dosa diampunkan dan memohon dengan kasih sayang Allah agar dilepaskan dari api neraka maka pasti Allah akan mengasihinya dan melepaskan dari seksaan neraka. Allah berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 222. Terjemahnnya, “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri”. Di dalam surah al-Hadid ayat 21 pula Allah memerintahkan agar berlumba-lumba untuk mendapatkan syurga dengan meminta keampunanNya. Terjemahnnya, “Berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya”. Manakala syurga pula adalah tempat yang mana Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya yang tidak putus-putus. Maka ianya juga dijadikan sebagai tanda kasih sayang Allah kepada hambanya untuk membalas sebarang kebaikan yang telah dikerjakan.
Sunday, 5 April 2009
Awal-awal beradab lama-lama biadab
Cinta kepada manusia adalah fitrah tetapi apabila sudah melampaui batas maka islam mengharamkannya.Fenomena cinta-bercinta antara lelaki dan perempuan sebelum perkahwinan adalah satu lumrah. Cinta itu boleh jadi buta jika tidak didasari dengan panduan agama. Tanpa panduan agama , daripada cinta boleh jadi duka. Sebab itu syariat islam begitu menjaga persoalan pandangan dan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Penulis tidak menafikan bolehnya bercinta sebelum perkahwinan menurut perspektif masyarakat sekarang. Bagi mereka pasangan tersebut boleh dikenali dengan lebih rapat tentang sikapnya sebelum memasuki ke alam perkahwinan.
Setiap orang mempunyai kriteria sendiri untuk mencari pasangan hidupnya. Kriteria yang diyakini adalah memiliki kecenderungan perasaan hati terhadap pasangan dan tentu akan lebih baik jika disertai dengan kriteria utama yang dianjurkan dalam agama.
Jika di lihat pada zaman sebegini kebanyakan bercinta hanya kerana dorongan nafsu sahaja. Daripada nafsu itu akan cenderung kepada keinginan.Daripada keinginan bermulanya pandangan, daripada pandangan terdetik perasaan ingin berkenalan, perkenalan membibit kemesraan, daripada kemesraan membawa keghairahan dan keghairahan boleh membawa pada penzinaan.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
Setiap anak Adam pasti terkena sebahagian dosa zina. Kerana zina mata adalah pandang, zina telinga adalah dengar, zina lidah adalah cakap, zina hati adalah niat, zina kaki adalah langkah. Sedangkan nafsu itu cenderung dan berkeinginan, tetapi hanya kemaluan sahaja yang menidakkannya. (Sahih Bukhari No. 5774)
Sebab itu apabila bermula terdetiknya perasaan suka sama suka perlulah anda berfikir sejenak adakah perkenalan itu manfaatnya lebih besar daripada mudaratnya? Bolehkah anda dapat mengawal kenginan anda hanya dengan perkenalan yang kemungkinan hanya tidak membawa apa-apa manfaat tetapi membawa pada penyesalan . Seingat penulis pernah membaca satu artikel menyatakan :
Apabila sudah bercinta perasaan rindu tidak boleh dihilangkan hanyalah dengan pertemuan. Semakin kerap petemuan semakin kuat dorongan anda untuk mendekatinya kerana rindu itu hanyalah satu tekanan perasaan anda untuk mendekati padanya.
Rindu hanya boleh dihilangkan pada perkahwinan sahaja kerana itulah ubat mujarab yang berkesan untuk menghilangkan perasaan tersebut. Rindu memerlukan sentuhan, tanpa sentuhan, rindu itu tidak dapat dihilangkan kerana sentuhanlah membawa kemanisan rindu itu. Kemanisan rindu itu hanyalah pada persetubuhan yang sah.
Ini bertepatan dengan hadis Nabi didalam sahih muslim , No.2491 Nabi SAW pernah bersabda:
Apabila seseorang kamu melihat seseorang perempuan lalu dia jatuh hati kepadanya, maka hendaklah dia menyetubuhi isterinya. Kerana yang demikian itu akan menghilangkan perasaan (rindu) yang ada dalam dirinya.
Bagi pasangan yang pernah berzina rindu itu tidak dapat dikecapi dengan sepenuhnya.Apabila berzina, perasaan bersalah anda akan menyelubungi jiwa anda maka rindu itu bercampur baur antara benar dan batil.
Ramai yang terpedaya dengan percintaan ini kononnya bila sudah suka sama suka membuktikan bahawa itulah pasangan hidup mereka. Selalunya bercinta sebelum perkahwinan ini kebanyakan- nya hanyalah lakonan sahaja. Didepan anda nampaklah sopannya dibelakang anda, syaitanlah jadinya. Sebab itu hanya awal perkenalan sahaja nampak adabnya apabila berkahwin nampaklah biadabnya.
Di depan anda nampaklah sopannya dibelakang anda, syaitanlah jadinya.
Hanya awal perkenalan sahaja nampak adabnya bila berkahwin nampaklah biadapnya.
Sebab itu cukuplah perkenalan biasa tetapi membawa kepada perkahwinan. Bagi lelaki memang anda perlu melihatnya supaya anda tertarik kerana sesuatu yang menarik tentunya akan menimbulkan perasaan mendalam, akhirnya membuat anda teguh untuk menikahi. Pernikahan yang diawali dengan rasa keserasian biasanya akan lebih rapat. Hal ini ditunjukkan dalam hadis oleh pengarang kitab Fathul Bari, al- Hafiz Ibnu Hajar, yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Hakim dengan sanad hasan.
“Jika salah satu kalian akan melamar seorang wanita, jika mampu hendaklah melihat sesuatu yang boleh mendorong untuk menikahinya.
Dalam Sunan at-Tirmidzi Kitab an-Nikah No.3183 :
“ Cuba perhatikan wanita itu, dengan begitu akan lebih rapat hubungan kalian.”
Ini kerana apabila melihat akan memiliki kecenderungan hati kepada wanita yang akan dinikahinya dan dapat menjadi salah satu faktor yang membawa kepada pernikahan. Tetapi hendaklah anda menjaga batas-batasnnya dan tidak perlulah anda berpanjangan dalam perkenalan tersebut kerana ia hanya akan di selubungi dosa sahaja. Pernikahan tidak akan mungkin terlaksana hanya kerana perkenalan dan percakapan melalui perantaraan telefon sahaja. Kalaupun memang ini terjadi maka akan mengalami kegagalan dan penyesalan. Firman Allah:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk (Al Israa' 32).
Maka berhati-hatilah dari segala kemaksiatan dan dosa kerana perkara tersebut merupakan sebab hilangnya nikmat, mendatangkan musibah, dan merupakan sebab datangnya kesengsaraan serta azab yang membinasakan.
Wallahua'lam
Sab
Di dalam kehidupan seharian kita terlalu banyak perkara yg sukar untuk kita menerima dengan berlapang dada terutamanya pd perkara2 yg boleh mencabut kesabaran dr dalam diri kita. Sabar merupakan perkara yg amat keras dan susah untuk mendapatkannya kerana ianya memerlukan hati yg penuh dengan keimanan dan ketaqwaan yg sebenar di dalam diri seseorang. Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yg menerangkan tentang kelebihan dan ganjaran yg di anjikan oleh Allah terhadap orang2 yg bersabar. Seperti di dalam surah Hud ayat 11
11. Kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal saleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar.
Di dalam tafsir al-Jalalain menerangkan bahawa orang2 yg sabar ketika menafsirkan ayat ini ialah mereka yg bersabar daripada kesusahan. Manakala di dalam tafsir al-baidawi pula menafsirkan orang2 yg bersabar ke atas kesusahan dengan penuh keimanan kepada Allah ta‘ala dan berlapang dada dengan ketentuanNya. Sedangkan di dalam kitab tafsir al-Nasafi menyatakan bersabar dengan nasib malang dan bencana. Surah al-Nahl:42
42. (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.
Begitulah cintanya Allah kepada orang2 yg bersabar dengan segala ujian dan dugaan yg diturunkan oleh Allah kepada mereka. Mereka amat mengharapkan rida dari Allah dengan apa yg telah mereka hadapi dan mereka bersabar dengannya. Sesungguhnya Allah itu maha adil lagi bijaksana, Allah pasti membalas kesabaran mereka dengan ganjaran yg lebih baik setimpal dengan apa yg mereka hadapi bahkan Allah akan memberikan lebih dari itu. surah al-Ra'd: 22
22. Dan orang-orang yang sabar Karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang Itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik),
Di dalam ayat lain Allah menyatakan bahawa dia sentiasa bersama dengan orang2 yg bersabar kerena mereka (org2 yg bersabar) tidak mengharapkan bantuan dari yg lain kecuali mengharapkan ihsan dan bantuan dari Allah pentadbir sekalian alam. Org2 yg sentiasa bersabar merupakan orang yg amat yakin dengan janji2 yg telah ditaburkan oleh Allah yg pasti Dia tidak akan menyalahi janjinya dan kerana itu orang2 yg bersabar pasti meyakinkan dirinya untuk sentiasa berada di atas titian kesabaran dengan apa yg telah dan sedang menimpa mereka kerana yakin bahawa Allah pasti akan membalas dengan balasan yg lebih baik dari apa yg mereka hadapi dan mereka bersabar dengannya. Seperti seseorang yg bersabar kerana dirinya atau keluarganya ditimpa kematian atau sesuatu musibah yg besar atau pun seseorang itu bersabar kerana ranjau yg sering dihadapi ketika menyampaikan risalah kebenaran. Surah al-Anfal: 46
46. Dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
di dalam ayat lain Allah menyebutkan di dalam surah al-Sajdah: 24
24. Dan kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah kami ketika mereka sabar. dan adalah mereka meyakini ayat-ayat kami.
Di dalam ayat lain pula Allah menyatakan bahawa Dia akan menguji hamba-hambanya dengan ujian seperti mencampakkan kepada hambanya ketakutan, kelaparan, kehilangan harta, jiwa dan buah-buahan yg mana semua itu adalah sebagai satu ujian ntuk menguji tahap kesabaran hambanya di dalam menghadapi ujian dariNya. Dari situlah tahap kesabaran seseorang dapat dinilai sama ada mereka ini benar2 ikhlas menerima takdir ketentuan Allah atau sebaliknya. Surah al-Baqarah: 155
155. Dan sungguh akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
Para ulama tafsir menafsirkan ‘berita gembira’ yg diperintahkan untuk disampaikan kepada org2 yg bersabar adalah syurga. Begitulah hebatnya balasan yg Allah janjikan kepada mereka yg bersabar dengan segala bentuk ujian termasuk ketika menegakkan keadilan dan kebenaran.
mohd zakaria mahadi
Kini salam semakin mahal
Tidak salah jika dikatakan ramai dikalangan muslimin samaada penulis atau siapa-siapa sahaja begitu berat untuk memberi salam kepada saudaranya terutama sekali seakidah dengan kita seolah-olah mulut mereka terkunci dan pandangan menjadi berat untuk mengucapkannya dan memberikan senyuman.
Padahal islam telah mengajar kita untuk memberi salam kepada muslim kerana ia akan menyemaikan rasa cinta dan mengeratkan lagi silaturrahim. Dalam hadis sahih muslim daripada Abu Hurairah ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Kalian tidak akan masuk syurga sehingga kalian beriman, dan kalian tidak beriman sampai kalian sehingga kalian saling mengasihi dan mencintai, apakah kalian mahu aku tunjukkan kepada sebuah amalan yang apabila kalian amalkan, kalian akan saling mengasihi dan mencintai?, terbarkanlah salam diantara kamu".
Bukan itu sahaja malah jika dilihat masyarakat islam kini hanya memberi salam kepada golongan yang dikenali sahaja. Kondisi seperti inilah dapat kita saksikan pada masa sekarang ini malah jelas ia bertentangan dengan sunnah, kerana Rasulullah SAW menganjurkan menyebarkan salam kepada orang yang dikenali mahupun yang tidak dikenali. Itu adalah diantara tanda-tanda dekatnya hari kiamat dimana adanya orang-orang yang hanya mahu mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat pengucapan salam itu hanya untuk orang-orang tertentu sahaja [iaitu yang dikenali]". (Musnad Ahmad 5:333. Al-Albani berkata : Ini adalah isnad yang shahih menurut syarat Muslim :Silsilatul Ahaditsish Shahih 2:251. hadits nombor 647 )
Lebih buruk lagi apabila apabila ada non-muslim memberi salam maka dijawabnya dengan ucapan yang buruk. Padahal apabila non-muslim (kafir zimmi) memberi salam sepatutnya menjawab salam tersebut seperti mana kita menjawab salam dengan muslim itu sendiri. Allah berfirman:
Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu. (An Nisaa' :86)
Perkara sebeginilah yang diajar Rasulullah SAW kepada para sahabat. Tapi sebaliknya yang berlaku. Masyarakat islam kini tidak mencerminkan akhlak tentang islam itu sendiri pada non-muslim sehingga mereka menganggap islam itu tidak sedemikian rupa.
Telah diriwayatkan bahawa seorang Majusi telah mengucapkan kepada Ibn Abbas: Assalamu’alaikum”. Ibn Abbas berkata " Wa’alaikumussalam warahmatullah" . Lalu sebahagian sahabat-sahabatnya berkata " Adakah awak berkata warahmatullah ( dan rahmat Allah)?" Dia menjawab:"Tidakkah dengan rahmat Allah dia hidup." (Fiqh Minoriti Muslim oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi “ Mengucapkan Tahniah Kepada Ahli Kitab Terhadap Kebesaran Mereka”- m/s 447)
Jika dilihat perkara seperti ini telah dilakukan oleh sahabat seperti Ibn Abbas sendiri maka mengapa kita tidak mencontohinya sahaja. Bukankah sahabat itu sebaik-baik generasi? Hal ini jelas seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Sebaik-baik manusia adalah generasiku kemudian generasi yang datang setelah mereka, kemudian generasi lain yang datang setelah mereka."(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Malah naib presiden majlis penyelidikan dan fatwa Eropah Syeikh Faisal Mawlawi di dalam laman webnya menyebut bukti-bukti yang lebih jelas bahawa memberi dan menjawab salam kepada orang bukan islam itu adalah dibenarkan.Jika dilihat dari konteks dakwah ia dapat mendekatkan mereka kepada islam dan menanam rasa kasih sayang kepada umat islam. Jadi pendekatan seperti inilah yang sepatutnya umat islam lakukan bukannya dengan menjawab dengan ucapan yang buruk.
Di antara petunjuk Rasulullah SAW adalah memulai ucapan salam kepada siapa saja yang beliau temui, ia berbeza dengan orang yang sombong seolah-olah mereka mahu dihormati dengan menunggu panghormatan salam daripada orang tersebut. Namun Rasulullah SAW menegaskan bahawa yang memberi salam adalah yang paling utama daripada yang menjawabnya. Rasulullah SAW bersabda:
"Orang yang lebih dekat kepada Allah s.w.t. adalah yang lebih dahulu memberi Salam." (Musnad Ahmad, Abu Daud, dan At Tirmidzi)
Maka sewajarnya kita yang mengakui sebagai seorang muslim dan mengaku Rasulullah SAW sebagai contoh dan ikutan kita hendaklah tidak mengabaikan tuntutan beliau agar sunnah Rasulullah SAW ini kembali diamalkan oleh umat islam dan dapat menonjolkan kembali imej islam itu sendiri kepada masyarakat bukan islam.
Muhammad Fakhruddin Ismail
Sheikh al-Albani
Jangan mudah menuduh orang Wahabi