ayat mulia~

"and certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to as-Sabirin (the patient ones)-(surah al-Baqarah: 155)

Sunday 5 April 2009

Iran bersetuju hadiri persidangan memerangi Taliban

Ketika saya membahaskan betapa Iran bekerjasama dengan Amerika dan Barat bagi menumbangkan Afghanistan dan Iraq, beberapa rakan kita masih kabur tentang fakta berkenaan. Akhbar-akhbar dan media-media baik di Afghanistan, Iran, Barat & akhbar ternama di benua India, telah melaporkan peristiwa-peristiwa Perjanjian Bonn di bandar lama Jerman yang berlaku antara tarikh-tarikh 26 November 2001 sehingga beberapa tahun kemudiannya. 

Antara isi kandungan media-media berkenaan ialah Iran mencadangkan usul menegakkan demokrasi  dalam pemerintahan Hamid Karzai dan perangi keganasan yang ditujukan kepada Taleban yang bakal dijatuhkan, selain bantuan 500 juta dollar dari kerajaan Iran kepada kerajaan boneka Amerika di Afghanistan. Dalam perjanjian Bonn yang lalu, wakil Amerika ialah duta khas Amerika ke Afghanistan semasa penggal pertama Bush, James Dobbins bertemu dengan Timbalan Menteri Luar Iran era Khatami, Javad Zaraf.  Dobbins merakamkan pertemuan mereka dalam artikelnya, Time to Deal With Iran dalam website organisasinya rand.org, bagi melobi hubungan baru dengan Iran dalam era pemerintahan Obama. 

Kini, sekalipun tidak menguasai negara secara rasmi, Taleban mula menjadi ancaman baru dengan kekuatan mereka yang telah berjaya merebut  dan menguasai beberapa wilayah di Afghanistan. Beberapa laporan media terkini mula menyiarkan keresahan tentera Barat  NATO dan Amerika yang melindungi kerajaan Hamid Karzai berada di dalam ketakutan, dan begitu bimbang dengan kekuatan baru Taleban yang turut disokong oleh kumpulan pejuang yang diketuai Gulbuddin Hekmatyar. Baru-baru ini Obama telah menandatangani pemindahan 17,000 tenteranya di Iraq ke Afghanistan bagi melengkapkan 70,000 tentera disana. 
Dalam masa yang sama, sekutu-sekutu dagang Iran seperti Italy, Russia, Switzerland, Kanada dan lain-lain negara telah setuju memberikan komitmen ketenteraan masing-masing kepada NATO dan Amerika di Afghanistan bagi melenyapkan kekuatan Taleban. Italy yang begitu intim dengan Iran telah mendesak Amerika menjemput Iran menyertai mereka sekali lagi dipersidangan di The Hague, Belanda. Idea Italy itu disambut baik oleh Amerika yang telah untuik mengadakan hubungan diplomasi secara rasmi dengan Iran. Baru-baru ini, dalam beberapa lawatannya ke negara Asia dan Timur Tengah, Hilary Rodham Clinton telah mengeluarkan kenyataan bahawa Amerika sememangnya telah bersedia untuk menjemput Iran ke persidangan di Belanda yang dijangkakan akan diadakan minggu depan. menariknya dalam perkembangan pemerintahan Obama ialah terdedahnya kewujudan para pelibi Iran di Kongress Amerika yang begitu dominasi dan berpengaruh dalam pentadbiran kerajaan seperti AIC, NIAC, CASMII yang sedang mengimbangi lobi Yahudi di Washington - AIPAC. seperkara lagi, Amerika juga telah melantik anak ulama' Syiah moderate Iran, Vali Nasir (anak kepada sarjana Iran terkenal, Sayed Husein Nassar) sebagai penasihat kepada duta khas ke Afghanistan, Richard Hoolbrooke. Vali Nasir adalah salah seorang think tank kerajaan Amerika bersama seorang lagi rakyat Amerika kelahiran Iran, Ray Takeh yang sentiasa mengulas dan mempromosikan hubungan antara Iran dan Amerika di Council on Foreign Relations (CFR). Selain itu, tokoh pelobi terkenal Iran di NIAC, Trita Parsi adalah penasihat kepada Ahli Kongres Bob Ney. 

Berbalik kepada tajuk, nampaknya pinangan Obama yang ingin memulakan hubungan baru semasa sambutan Hari Nawrooz Parsi baru-baru ini, sudah mula terjawab dengan kesediaan Iran menyertai mereka sekali lagi bagi mengekang pergerakan taleban di Afghanistan, khususnya dalam kempen piliharaya baru di Afghanistan yang akan datang. 

Lihat berita dibawah dan selidikilah apa yang akan diputuskan pada minggu depan.

Iran accepts invite to Afghan talks

THE HAGUE, Netherlands - Iran has accepted an invitation to a conference on Afghanistan next week that also will be attended by the United States, the conference's Dutch host said yesterday.

The invitation to Iran, which was announced by Secretary of State Hillary Rodham Clinton, was seen as part of Washington's policy toward greater engagement with the Islamic republic.

Foreign Minister Maxime Verhagen, who confirmed Iran's acceptance, said the identity of the Iranian representative was not yet known. Verhagen said the invitation fit Europe's two-track approach of offering inducements to Iran to cooperate with the international community while maintaining sanctions for pursuing its nuclear program.

"It is of utmost importance that Iran is participating," Verhagen said. Verhagen said the US review must "take into account that there is not a single solution for Afghanistan." The policy must be "a comprehensive approach of development, good governance, and security."

President Obama is preparing a sweeping US policy review toward Afghanistan and Pakistan, where Taliban insurgents have taken refuge.

http://www.boston.com/news/world/europe/articles/2009/03/26/iran_accepts_invite_to_afghan_talks/


al-ahkam.net

No comments:

Post a Comment