ayat mulia~

"and certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to as-Sabirin (the patient ones)-(surah al-Baqarah: 155)

Sunday, 5 April 2009

Muqadimah pertama dan utama~

selama kita berada di dalam alam ciptaan Allah ini, selama itulah kita wajib dan pasti sentiasa tunduk pada kekuasaan Allah.. tiada siapa yg mampu melawan atau menandingi kekuasaan Allah kerana Allah adalah Tuhan yg maha berkuasa.. tiada satu pun yg lebih hebat dariNya atau setanding denganNya.. Allah yg menciptakan setiap satu makhluk walaupun kuman, virus yg tidak boleh dilihat dgn mata kasar dan semua itu tunduk kpd Allah sama ada secara paksa atau rela.. Allah tidak meletakkan manusia sebagai khalifah tanpa apa2 pegangan dan pedoman buktinya Allah sentiasa mengutus para rasul untuk menyelamatkan aqidah manusia drpd tersasar dr fitrah kehidupan sbg makhluk dan hamba Tuhan.. dan bersama2 para utusan Allah itu pasti ada kitab suci sebagai pedoman dan pegangan.. dan kepada junjungan besar kita nabi Muhammad saw dianugerahkan al-Quran sebagai pegangan dan pedoman sepanjang zaman sehingga ke akhir waktu.. dan bagi umat Islam itu sendiri mempunyai 2 sumber perundangan yg utama iaitu al-Quran dan setersunya sunnah nabi.. dgn jelas dan terang al-Quran adalah wahyu yg diturunkan oleh Allah kepada nabi Muhammad manakala sunnah nabi pula adalah setiap perkataan dan perbuatan dari nabi sendiri dan perlu diketahui bahawa setiap apa yg terhasil dari nabi adalah wahyu dan suruhan dari Allah..
semoga kita sentiasa berada di dalam rahmat dan lindungan dari Allah..amin..

mohd zakaria mahadi

No comments:

Post a Comment