ayat mulia~

"and certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to as-Sabirin (the patient ones)-(surah al-Baqarah: 155)

Sunday 5 April 2009

Lelaki dan perempuan



Islam adalah sebuah agama yang sangat menekankan keadilan di dalam segenap aspek kehidupan. Dijelaskan terlebih dahulu adil yang dimaksudkan di sini bukanlah penyama rataan seperti mana yang difahami oleh kebanyakan masyarakat kita dan dicanang oleh puak anti Islam. Tetapi ianya bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya dan lawan kepada adil adalah zalim yang bermaksud tidak meletakkan sesuatu pada tempat yang selayaknya.

Sebagaimana firman Allah di dalam surah Luqman ayat 13 yang bermaksud:

(( dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya diwaktu ia memberi pengajaran kepada anaknya “wahai anakku janganlah kamu mempersekutukan Allah, kerana sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar.” ))

Di mana di dalam salah satu nasihat Luqman kepada anaknya ialah jangan menyekutukan Allah kerana ianya merupakan satu bentuk kezaliman yang sangat besar. Mengapa disebut jika mensyirikkan Allah sebagai zalim. Jawapannya adalah kerana maha suci Allah daripada sebarang penyekutuan bahkan Allah tidak layak untuk disamakan dengan makhluknya maka disebut zalim kerana Allah tidak boleh disekutukan.

            Setelah konsep adil dan zalim dijelaskan, penulis ingin menyentuh pula mengenai perkara yang berlaku di Malaysia khususnya. Seperti masalah gender lelaki dan perempuan. Malah telah ditubuhkan kumpulan-kumpulan tertentu untuk menjayakan isu ini seperti Sister in Islam. Puak ini berperanan kononnya untuk memperjuangkan hak-hak wanita yang kononnya didiskriminasikan oleh agama Islam malah ada yang berani untuk menyatakan hukum faraid yang telah ditetapkan oleh syara’ di dalam al-Quran tidak lagi rasional untuk diaplikasikan pada zaman sekarang kerana peranan dan kedudukan wanita telah berubah dan berbeza daripada zaman dahulu. Kini, wanita lebih berjaya daripada lelaki malah ada juga wanita yang menanggung keluarga. Jadi isu hak wanita di dalam sistem pewarisan di dalam Islam yang mana mendapat lebih sedikit daripada lelaki adalah tidak lagi relevan.

            Sebenarnya isu tersebut bukanlah kerana ketidak adilan agama Islam itu sendiri. Malah yang menurunkan al-Quran adalah Allah yang maha mengetahui dan mustahil Allah tidak memahami keadaan dan persekitaran makhluk ciptaannya. Ia adalah daripada kesilapan manusia itu sendiri. Allah telah menetapkan apa yang terbaik untuk hambanya dan sesuai disetiap tempat dan masa.  Tiada istilah tidak relevan bagi mana-mana ketetapan yang turun daripada Allah. Di dalam al-Quran dan perundangan Islam merupakan sistem yang menjamin hak dan pemilikan individu menurut apa yang terbaik berdasarkan kepada keadaan manusia secara umum. Jika dinyatakan bahawa al-Quran tidak memberikan hak yang sewajarnya kepada wanita berbanding lelaki yang diberikan hak keistimewaan yang lebih, mengapa Allah mempertahankan wanita daripada diaibkan. Allah berfirman di dalam surah al-Nur ayat 4&5 yang bermaksud:

((Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik. Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.))

Begitu jelas Allah memberikan wanita hak yang sangat istimewa dengan mempertahankan maruah wanita. Allah mengetahui kelembutan hati yang dimiliki oleh wanita dan kehormatan wanita merupakan mahkota yang tidak boleh diragut atau dicemarkan oleh sesiapa walaupun seseorang yang bergelar suami. Al-Quran menyebutkan lagi di dalam surah al-Nur ayat 6&7 bermaksud:

((Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), padahal mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar. Dan (sumpah) yang kelima: bahwa la'nat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta))

Bagaimana al-Quran mempertahankan maruah seseorang wanita yang baik dan bersih yang dituduh melakukan penzinaan waklaupun yang menuduh adalah suaminya sendiri. Bahkan yang menuduh akan menerima hukuman yang berat sekiranya tidak mendatangkan saksi dan si suami terpaksa bersumpah untuk membuktikan kebenaran tuduhannya.

            Namun masih ada lagi wanita-wanita yang tidak sedar diri diluar sana yang menuding jari kepada syariat tidak lagi relevan kerana tidak ada hak keistimewaan kepada wanita tetapi hanya diberikan kepada lelaki. Wanita-wanita seperti ini umpama anjing menyalak bukit. Siapa dia untuk menukar ayat-ayat Allah kerana banyak benteng yang kuat dan kukuh yang perlu mereka hadapi untuk mengubah ayat-ayat Allah atau untuk menghapuskan hukum-hukum yang telah ditetapkan.

            Realitinya, ramai orang ‘Melayu Islam’ di Malaysia yang telah diwarnai fikiran mereka dengan segala macam dakyah negatif dari barat yang sudah tentu dicetuskan oleh kafir anti Islam. Mereka sangat tidak senang hati melihat tradisi-tradisi dan hukum-hukum Islam diamalkan. Justeru mereka sedaya upaya hendak menghilang dan memandulkan semua tradisi Islam yang bersumberkan al-Quran dan sunnah dari semua benak fikiran manusia lalu mencipta ideologi-ideologi mereka yang sangat bertentangan dengan adat Islam tetapi telah dipakaikan topeng ‘hak asasi manusia (versi barat)’ ataupun lebih dikenali dengan ‘human rights’ yang diperjuangkan yang diperkenalkan di Eropah dan telah didrafkan semenjak selepas perang dunia kedua. Malah telah dijadikan akta di United Kingdom dan menjadi semakin kukuh semasa pentadbiran Tony Blair. Islam tidak menafikan kebebasan individu tetapi mestilah di bawah pencahayaan al-Quran dan sunnah, bukan kebebasan mutlak seperti yang dikumandangkan oleh Eropah.

            Syariat meletakkan tanggungjawab untuk menjaga, mendidik dan memberi nafkah keluarga ke atas suami yang sudah tentunya seorang lelaki. Tanggungjawab ini tidak akan pernah berubah seiring dengan berubahnya zaman. Suami tetap sebagai ketua keluarga sedangkan bagi isteri-isteri yang diberi keizinan oleh suami untuk bekerja membantu menampung kekurangan pada pihak suami hanyalah sebagai pembantu. Tidak bermakna isteri bekerja maka tanggungjawab suami akan berpindah kepada isteri. Tidak, suami tetap dengan tugasnya sebagai keluarga yang menanggung segala nafkah keluarga semampunya.


mohd zakaria mahadi

No comments:

Post a Comment