ayat mulia~

"and certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to as-Sabirin (the patient ones)-(surah al-Baqarah: 155)

Sunday 5 April 2009

Sab

 Di dalam kehidupan seharian kita terlalu banyak perkara yg sukar untuk kita menerima dengan berlapang dada terutamanya pd perkara2  yg boleh mencabut kesabaran dr dalam diri kita. Sabar merupakan perkara yg amat keras dan susah untuk mendapatkannya kerana ianya memerlukan hati yg penuh dengan keimanan dan ketaqwaan yg sebenar di dalam diri seseorang. Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yg menerangkan tentang kelebihan dan ganjaran yg di anjikan oleh Allah terhadap orang2 yg bersabar. Seperti di dalam surah Hud ayat 11

11.  Kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal saleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar.

Di dalam tafsir al-Jalalain menerangkan bahawa orang2 yg sabar ketika menafsirkan ayat ini ialah mereka yg bersabar daripada kesusahan. Manakala di dalam tafsir al-baidawi pula menafsirkan orang2 yg bersabar ke atas kesusahan dengan penuh keimanan kepada Allah ta‘ala dan berlapang dada dengan ketentuanNya. Sedangkan di dalam kitab tafsir al-Nasafi menyatakan bersabar dengan nasib malang dan bencana. Surah al-Nahl:42

42.  (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.

Begitulah cintanya Allah kepada orang2 yg bersabar dengan segala ujian dan dugaan yg diturunkan oleh Allah kepada mereka. Mereka amat mengharapkan rida dari Allah dengan apa yg telah mereka hadapi dan mereka bersabar dengannya. Sesungguhnya Allah itu maha adil lagi bijaksana, Allah pasti membalas kesabaran mereka dengan ganjaran yg lebih baik setimpal dengan apa yg mereka hadapi bahkan Allah akan memberikan lebih dari itu. surah al-Ra'd: 22

22.  Dan orang-orang yang sabar Karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang Itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik),

Di dalam ayat lain Allah menyatakan bahawa dia sentiasa bersama dengan orang2 yg bersabar kerena mereka (org2 yg bersabar) tidak mengharapkan bantuan dari yg lain kecuali mengharapkan ihsan dan bantuan dari Allah pentadbir sekalian alam. Org2 yg sentiasa bersabar merupakan orang yg amat yakin dengan janji2 yg telah ditaburkan oleh Allah yg pasti Dia tidak akan menyalahi janjinya dan kerana itu orang2 yg bersabar pasti meyakinkan dirinya untuk sentiasa berada di atas titian kesabaran dengan apa yg telah dan sedang menimpa mereka kerana yakin bahawa Allah pasti akan membalas dengan balasan yg lebih baik dari apa yg mereka hadapi dan mereka bersabar dengannya. Seperti seseorang yg bersabar kerana dirinya atau keluarganya ditimpa kematian atau sesuatu musibah yg besar atau pun seseorang itu bersabar kerana ranjau yg sering dihadapi ketika menyampaikan risalah kebenaran. Surah al-Anfal: 46

46.  Dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

di dalam ayat lain Allah menyebutkan di dalam surah al-Sajdah: 24

24.  Dan kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah kami ketika mereka sabar. dan adalah mereka meyakini ayat-ayat kami.

Di dalam ayat lain pula Allah menyatakan bahawa Dia akan menguji hamba-hambanya dengan ujian seperti mencampakkan kepada hambanya ketakutan, kelaparan, kehilangan harta, jiwa dan buah-buahan yg mana semua itu adalah sebagai satu ujian ntuk  menguji tahap kesabaran hambanya di dalam menghadapi ujian dariNya. Dari situlah tahap kesabaran seseorang dapat dinilai sama ada mereka ini benar2 ikhlas menerima takdir ketentuan Allah atau sebaliknya. Surah al-Baqarah: 155

155.  Dan sungguh akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

Para ulama tafsir menafsirkan ‘berita gembira’ yg diperintahkan untuk disampaikan kepada org2 yg bersabar adalah syurga. Begitulah hebatnya balasan yg  Allah janjikan kepada mereka yg bersabar dengan segala bentuk ujian termasuk ketika menegakkan keadilan dan kebenaran.


mohd zakaria mahadi

No comments:

Post a Comment