ayat mulia~

"and certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to as-Sabirin (the patient ones)-(surah al-Baqarah: 155)

Sunday 5 April 2009

Lady First















Satu istilah masyhur yang telah dicipta oleh pihak tertentu kononnya yang lebih bertamaddun dari negara lain iaitu ‘lady first’. Satu istilah yang sangat popular dan yang sangat suka mempopularkan istilah ini adalah orang Islam.

            Telah diketahui bahawa kebanyakan orang-orang kafir yang anti Islam mengakui dirinya adalah orang yang bertamaddun dan semua orang perlu mengikuinya. Mereka tidak menyukai Islam hinggakan mana-mana perinsip yang berbau Islam pasti akan ditentang dengan cara halus. Kerana mereka sedar apabila tentangan dibuat secara terang-terangan semua umat Islam akan bangkit melawan tentangan tersebut. Idea-idea dan perinsip baru yang bertentangan dengan Islam dicipta dan disebarkan kepada umat Islam sendiri sehingga terpengaruh, terpedaya dan terjebak dalam kancah penghapusan tradisi Islam itu sendiri.

            Kononnya dengan mendahulukan kaum perempuan bermaksud memuliakan dan meninggikan martabat golongan tersebut. Hakikatnya jika dilihat pada masyarakat barat yang kononnya menyelamatkan hak wanita dan memartabatkan kedudukan wanita sebenarnya sedang melelong maruah wanita-wanita mereka. Lihat sahaja berapa ramai wanita mereka yang mempamerkan peha dan dada mereka kepada khalayak awam tanpa segan silu. Tiada halangan ke atas mereka untuk melakukan perkara yang sedemikian bahkan lebih. Inikah yang dinamakan memartabatkan wanita. Perinsip beginikah yang perlu dicetak pada minda masyarakat Islam. Sudah tentu tidak, kerana ini bukanlah perinsip yang memartabatkan wanita tetapi menjual wanita dengan menggunakan topeng ‘lady first’.

            Al-Quran banyak mengisyaratkan kepada kita bahawa kaum lelaki adalah orang yang patut berada di hadapan wanita, bukan sebaliknya. Jika diperhatikan pada firman-firman Allah yang berikut, sebutan susunan antara lelaki dan perempuan tersebut pasti kita akan membuatkan kita terfikir bahawa Allah sedang mengisyaratkan sesuatu kepada hambanya dalam bentuk tersirat. Firman Allah di dalam surah al-Ahzab ayat 35 yang bermaksud:

((Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuanyang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar))

Di dalam surah al-Tawbah ayat 9 bermaksud:

((Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan, (akan mendapat) surga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan (mendapat) tempat-tempat yang bagus di surga 'Adn. Dan keridhaan Allah adalah lebih besar; itu adalah keberuntungan yang besar))

            Allah menyebutkan lelaki dahulu dan kemudian wanita sebagai isyarat bahawa orang lelaki perlu berada di hadapan. Bukanlah untuk merendahkan wanita atau untuk menyisihkan mereka tetapi untuk mengumandangkan seruan bahawa orang lelaki adalah orang yang sepatutnya menjadi pelindung wanita oleh itu mereka perlu berada dihadapan sebagai benteng. Bukan seperti omongan pihak barat yang menggunakan istilah ‘lady first’ yang mana menjadikan wanita sebagai umpan atau pendahulu kepada lelaki. Kesimpulannya istilah ‘lady first’ tidak sesuai digunakan oleh masyarakat Islam berdasarkan firman Allah di dalam surah al-Nisa ayat 34 bermaksud:

((Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita))

Islam menyeru kepada kaum lelaki agar menjadi payung kepada kaum wanita dan memberikan bantuan kepada mereka dengan cara yang betul sebagaimana nabi Musa memberikan pertolongan kepada anak gadis nabi Syu‘ib untuk menangguk air di perigi.


mohd zakaria mahadi

No comments:

Post a Comment