ayat mulia~

"and certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to as-Sabirin (the patient ones)-(surah al-Baqarah: 155)

Sunday 5 April 2009

Mahsyar!

Hampir semua manusia mengetahui khabar mengenai hari mahsyar tetapi apakaH yang telah berlaku sehingga seolah-olah mereka lupa apa yang akan bakal mereka tempuhi dan hadapi kelak. Di zaman yang penuh dengan bermacam-macam fitnah ini, kita selaku muslim seharusnya lebih berhati-hati dengan cabaran-cabaran yang tidak putus-putus menyerang orang-orang Islam. Pada waktu-waktu seperti inilah elemen-elemen yang tidak sihat mudah menyerap masuk ke dalam jiwa orang Islam terutamanya muda-mudi yang kurang pengetahuan mengenai ajaran Islam malah tidak terlepas juga bagi yang dewasa. Saat ini merupakan saat yang paling sesuai bagi para da’i Islam mengambil peranan mereka untuk bertindak membimbing orang-orang Islam yang lemah agamanya ini untuk dibawa kepad jalan Islam yang sebenar. Sebagaimana sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim “muslim itu merupakan saudara bagi muslim yang lain”. Sanggupkah kita melihat saudara kita terumbang ambing dibawa oleh ombak kesesatan rekaan manusia sesat yang tiada hala tuju yang benar. Di dalam hidup ini, hanya satu sahaja tujuan yang harus dituju, hidup kerana Allah.

            Tujuan manusia dihidupkan dimuka bumi ini adalah sebagai khalifah yang mana tanggungjawabnya adalah sebagai pengurus bumi ini. Tetapi khalifah ini mempunyai satu kewajipan iaitu menyembah tuhan yang telah menciptanya.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ (56)

56.  Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.[1]

Ini merupakan satu kewajipan yang tidak boleh tidak dilakukan oleh manusia yang telah dilantik oleh Allah sebagai khalifah di bumi ini. Mereka tidak mungkin dapat lari daripada kewajipan ini walau di mana sekalipun mereka berada. Ingatlah bahawa dunia ini hanalah sebagai tempat ujian dan percubaan semata-mata dan kelak di hari akhirat yang akan menentukan sama ada kita layak digelar dengan ashab al-yamin yang pasti memperoleh kegembiraan ataupunashab al-yasir yang akan mendapat balasan buruk,

فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا (8) وَيَنْقَلِبُ إِلَى أَهْلِهِ مَسْرُورًا (9) وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ وَرَاءَ ظَهْرِهِ (10) فَسَوْفَ يَدْعُو ثُبُورًا (11) وَيَصْلَى سَعِيرًا (12) إِنَّهُ كَانَ فِي أَهْلِهِ مَسْرُورًا (13) إِنَّهُ ظَنَّ أَنْ لَنْ يَحُورَ (14)

8.  Maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah, 9.  Dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira. 10.  Adapun orang-orang yang diberikan kitabnya dari belakang, 11.  Maka dia akan berteriak: "Celakalah aku". 12.  Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka). 13.  Sesungguhnya dia dahulu (di dunia) bergembira di kalangan kaumnya (yang sama-sama kafir). 14. Sesungguhnya dia menyangka bahwa dia sekali-kali tidak akan kembali (kepada Tuhannya).[2]

أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ (18) وَالَّذِينَ كَفَرُوا بِآَيَاتِنَا هُمْ أَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ (19) عَلَيْهِمْ نَارٌ مُؤْصَدَةٌ (20)

18.  Mereka (orang-orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan kanan. 19.  Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat kami, mereka itu adalah golongan kiri. 20.  Mereka berada dalam neraka yang ditutup rapat.[3]

Hari akhirat pasti dan pasti akan kita semua tempuhi, apabila datangnya hari tersebut, yang dapat menyelamatkan kita hanyalah usaha-usaha yang kita kerjakan di dunia ini. Hanya itu sahajalah yang dapat menjamin kebahagiaan kita. Di dalam al-Quran Allah banyak merakamkan kisah-kisah mengenai kedatangan hari qiamat ini,

إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا (1) وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا (2) وَقَالَ الْإِنْسَانُ مَا لَهَا (3) يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا (4) بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا (5

1.  Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat), 2. Dan bumi Telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya, 3.  Dan manusia bertanya: "Mengapa bumi (menjadi begini)?", 4.  Pada hari itu bumi menceritakan beritanya, 5.  Karena Sesungguhnya Tuhanmu Telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.[4]

Pada hari tersebut, manusia akan menjadi bingung dengan fenomena yang sedang melanda diri mereka pada masa itu, semua tidak lagi peduli dengan hal-hal yang lain melainkan hal diri mereka sahaja. Semua ingin menyelamatkan diri masing-masing dari bencana yang sedang berlaku.

إِنَّ يَوْمَ الْفَصْلِ كَانَ مِيقَاتًا (17) يَوْمَ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ فَتَأْتُونَ أَفْوَاجًا (18) وَفُتِحَتِ السَّمَاءُ فَكَانَتْ أَبْوَابًا (19) وَسُيِّرَتِ الْجِبَالُ فَكَانَتْ سَرَابًا (20)

17.  Sesungguhnya hari Keputusan adalah suatu waktu yang ditetapkan, 18.  Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangsakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok, 19.  Dan dibukalah langit, Maka terdapatlah beberapa pintu, 20.  Dan dijalankanlah gunung-gunung Maka menjadi fatamorganalah ia.[5]

 

إِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ (1) وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ (2) وَإِذَا الْأَرْضُ مُدَّتْ (3) وَأَلْقَتْ مَا فِيهَا وَتَخَلَّتْ (4) وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ (5)

1.  Apabila langit terbelah, 2.  Dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya langit itu patuh, 3.  Dan apabila bumi diratakan, 4.  Dan dilemparkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong, 5.  Dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya bumi itu patuh, (pada waktu itu manusia akan mengetahui akibat perbuatannya).[6]

Bagi orang-orang kafir pula, mereka akan merasakan bahawa hari tersebut merupakan hari yang paling susah kerana taubat tidak lagi diterima pada waktu itu.

فَإِذَا نُقِرَ فِي النَّاقُورِ (8) فَذَلِكَ يَوْمَئِذٍ يَوْمٌ عَسِيرٌ (9) عَلَى الْكَافِرِينَ غَيْرُ يَسِيرٍ (10)

8.  Apabila ditiup sangkakala, 9.  Maka waktu itu adalah waktu (datangnya) hari yang sulit, 10.  Bagi orang-orang kafir lagi tidak mudah.[7]

Sungguh dahsyat gambaran-gambaran yang telah Allah berikan perihal kedatangan hari qiamat, semuanya hancur termasuk bumi serta isinya begitu juga langit dan juga apa yang ada padanya. Kita sebagai orang Islam wajib beriman dengan kedatangan hari qiamat, dan antara tanda-tanda kedatangan qiamat kecil ialah ilmu tentang Allah dan agama diangkat, kejahilan semakin banyak, zina berleluasa, minum arak, nisbah perempuan melebihi lelaki, banyak berlaku gempa bumi, masa berlalu dengan singkat,fitnah merebak, banyak pembunuhan, tugas pula disandang oleh yang bukan ahlinya, orang Islam membunuh orang yahudi sehingga apabila mereka bersembunyi disebalik batu atau pokok maka pokok atau batu tersebut akan berkata “ini Yahudi, bunuhlah” kecuali pokok Garqad yang banyak tumbuh di sekitar Baitul Maqdis. Manakala antara tanda bagi qiamat besar pula sebagaimana berikut, terbit matahari dari sebelah barat, keluar dari bumi binatang yang melata yang akan berkata “sesungguhnya manusia tidak lagi yakin dengan ayat-ayat kami”, keluarnya al-Masih al-Dajjal, turunya a-Masih Isa ibn Maryam yang akan membunuh Dajjal dan menegakkan syariat Islam, keluar ya’juj dan ma’juj, dan datang angin untuk mengambil roh orang-orang mukmin.[8] Sedangkan waktu, masa dan ketika berlakunya hari qiamat itu tidak diketahui, ia merupakan rahsia Allah yang memang sengaja disembunyikan waktunya.

يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ (187)

187.  Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba". mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak Mengetahui".[9]

Dan ketika datangnya hari qiamat dengan tiba-tiba, maka orang-orang kafir akan merasa sush hati kerana apa yang mereka ingkari selama ini benar-benar terjadi. Tetapi penyesalan yang sebesar mana sekalipun yang mereka tunjukkan tetap tidak dapat mengubah hakikat bahawa pada ketika itu taubat-taubat mereka tidak lagi diterima, pintu-pintu taubat telah ditutup dengan rapat, hanya menanti hari kebangkitan semula sahaja.

قَدْ خَسِرَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِلِقَاءِ اللَّهِ حَتَّى إِذَا جَاءَتْهُمُ السَّاعَةُ بَغْتَةً قَالُوا يَا حَسْرَتَنَا عَلَى مَا فَرَّطْنَا فِيهَا وَهُمْ يَحْمِلُونَ أَوْزَارَهُمْ عَلَى ظُهُورِهِمْ أَلَا سَاءَ مَا يَزِرُونَ (31)

31.  Sungguh Telah Rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mereka dengan tuhan; sehingga apabila kiamat datang kepada mereka dengan tiba-tiba, mereka berkata: "Alangkah besarnya penyesalan kami, terhadap kelalaian kami tentang kiamat itu!", sambil mereka memikul dosa-dosa di atas punggungnya. Ingatlah, amat buruklah apa yang mereka pikul itu.[10]

            Setelah berlakunya hari qiamat maka manusia akan dibangkitkan dari kubur masing-masing dan inilah hari yang dinamakan dengan hari mahsyar. Manusia akan dibangkitkan tanpa seurat benang dan masing-masing di dalam keadaan terpinga-pinga dengan kejadian yang sedang berlaku.

يَوْمَ تَرْجُفُ الرَّاجِفَةُ (6) تَتْبَعُهَا الرَّادِفَةُ (7)

6.  (Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan) pada hari ketika tiupan pertama menggoncang Alam, 7.  Tiupan pertama itu diiringi oleh tiupan kedua.[11]

 

أَلَا يَظُنُّ أُولَئِكَ أَنَّهُمْ مَبْعُوثُونَ (4) لِيَوْمٍ عَظِيمٍ (5) يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ (6)

4.  Tidaklah orang-orang itu menyangka, bahwa Sesungguhnya mereka akan dibangkitkan, 5.  Pada suatu hari yang besar, 6.  (yaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam?[12]

Di dalam ayat lain Allah juga menyebutkan;

قُلُوبٌ يَوْمَئِذٍ وَاجِفَةٌ (8) أَبْصَارُهَا خَاشِعَةٌ (9) يَقُولُونَ أَئِنَّا لَمَرْدُودُونَ فِي الْحَافِرَةِ (10) أَئِذَا كُنَّا عِظَامًا نَخِرَةً (11) قَالُوا تِلْكَ إِذًا كَرَّةٌ خَاسِرَةٌ (12) فَإِنَّمَا هِيَ زَجْرَةٌ وَاحِدَةٌ (13) فَإِذَا هُمْ بِالسَّاهِرَةِ (14)

8.  Hati manusia pada waktu itu sangat takut, 9.  Pandangannya tunduk. 10.  (orang-orang kafir) berkata: "Apakah Sesungguhnya kami benar-benar dikembalikan kepada kehidupan semula? 11.  Apakah (akan dibangkitkan juga) apabila kami Telah menjadi tulang belulang yang hancur lumat?" 12.  Mereka berkata: "Kalau demikian, itu adalah suatu pengembalian yang merugikan" 13.  Sesungguhnya pengembalian itu hanyalah satu kali tiupan saja, 14.  Maka dengan serta merta mereka hidup kembali di permukaan bumi.[13]

Allah menceritakan bagaimana orang-orang kafir yang mempersendakan akan hari kebangkitan semula ini dan pada hari itu mereka merupakan orang yang paling rugi dan paling menyesal kerana tidak percaya Allah maha berkuasa menghidupkan kembali orang-orang yang telah mati walaupun  telah hancur tulang belulang mereka;

وَأَنَّ عَلَيْهِ النَّشْأَةَ الْأُخْرَى (47)

47.  Dan bahwasanya Dia-lah yang menetapkan kejadian yang lain (kebangkitan sesudah mati),[14]

رِزْقًا لِلْعِبَادِ وَأَحْيَيْنَا بِهِ بَلْدَةً مَيْتًا كَذَلِكَ الْخُرُوجُ (11)

11.  Untuk menjadi rezki bagi hamba-hamba (Kami), dan kami hidupkan dengan air itu tanah yang mati (kering). seperti Itulah terjadinya kebangkitan.[15]

قُلِ اللَّهُ يُحْيِيكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يَجْمَعُكُمْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا رَيْبَ فِيهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ (26) وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ يَوْمَئِذٍ يَخْسَرُ الْمُبْطِلُونَ (27)

26.  Katakanlah: "Allah-lah yang menghidupkan kamu Kemudian mematikan kamu, setelah itu mengumpulkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada keraguan padanya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak Mengetahui. 27.  Dan Hanya kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi. dan pada hari terjadinya kebangkitan, akan Rugilah pada hari itu orang-orang yang mengerjakan kebathilan.[16]

Setelah itu, masing-masing akan dipanggil dan diberikan buku amalannya. Segala amalan yang telah tercatat ketika kehidupan di dunia tanpa ada satu perkara pun yang terlepas daripada dicatat.

وَكُلُّ شَيْءٍ فَعَلُوهُ فِي الزُّبُرِ (52) وَكُلُّ صَغِيرٍ وَكَبِيرٍ مُسْتَطَرٌ (53) إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَنَهَرٍ (54) فِي مَقْعَدِ صِدْقٍ عِنْدَ مَلِيكٍ مُقْتَدِرٍ (55

52.  Dan segala sesuatu yang Telah mereka perbuat tercatat dalam buku-buku catatan 53.  Dan segala (urusan) yang kecil maupun yang besar adalah tertulis. 54.  Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai, 55.  Di tempat yang disenangi di sisi Tuhan yang berkuasa.[17]

وَاللَّهُ الَّذِي أَرْسَلَ الرِّيَاحَ فَتُثِيرُ سَحَابًا فَسُقْنَاهُ إِلَى بَلَدٍ مَيِّتٍ فَأَحْيَيْنَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا كَذَلِكَ النُّشُورُ (9)

9.  Dan Allah, dialah yang mengirimkan angin; lalu angin itu menggerakkan awan, Maka kami halau awan itu kesuatu negeri yang mati lalu kami hidupkan bumi setelah matinya dengan hujan itu. Demikianlah kebangkitan itu.[18]

Allah maha mengetahui atas segala sesuatu yang dikerjakan oleh makhluknya walaupun tanpa buku catatan tersebut, ini merupakan bukti keadilan Allah yang juga mengemukakan buku catatan tersebut sebagai bukti Allah itu maha adil dan tidak membalas amalan-amalan yang telah dilakukan kecuali dengan apa yang dijanjikannya.

وَتَرَى كُلَّ أُمَّةٍ جَاثِيَةً كُلُّ أُمَّةٍ تُدْعَى إِلَى كِتَابِهَا الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ (28) هَذَا كِتَابُنَا يَنْطِقُ عَلَيْكُمْ بِالْحَقِّ إِنَّا كُنَّا نَسْتَنْسِخُ مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ (29) فَأَمَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَيُدْخِلُهُمْ رَبُّهُمْ فِي رَحْمَتِهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْمُبِينُ (30) وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا أَفَلَمْ تَكُنْ آَيَاتِي تُتْلَى عَلَيْكُمْ فَاسْتَكْبَرْتُمْ وَكُنْتُمْ قَوْمًا مُجْرِمِينَ (31) وَإِذَا قِيلَ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ لَا رَيْبَ فِيهَا قُلْتُمْ مَا نَدْرِي مَا السَّاعَةُ إِنْ نَظُنُّ إِلَّا ظَنًّا وَمَا نَحْنُ بِمُسْتَيْقِنِينَ (32)

28.  Dan (pada hari itu) kamu lihat tiap-tiap umat berlutut. tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya. pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang Telah kamu kerjakan. 29.  (Allah berfirman): "Inilah Kitab (catatan) kami yang menuturkan terhadapmu dengan benar. Sesungguhnya kami Telah menyuruh mencatat apa yang Telah kamu kerjakan". 30.  Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh Maka Tuhan mereka memasukkan mereka ke dalam rahmat-Nya (surga). Itulah keberuntungan yang nyata. 31.  Dan adapun orang-orang yang kafir (kepada mereka dikatakan): "Maka apakah belum ada ayat-ayat Ku yang dibacakan kepadamu lalu kamu menyombongkan diri dan kamu jadi kaum yang berbuat dosa?" 32.  Dan apabila dikatakan (kepadamu): "Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar dan hari berbangkit itu tidak ada keraguan padanya", niscaya kamu menjawab: "Kami tidak tahu apakah hari kiamat itu, kami sekali-kali tidak lain hanyalah menduga-duga saja dan kami sekali-kali tidak meyakini(nya)".[19]

Pada ketika semua makhluk diberikan buku catatan amal mereka, ada yang bersinar-sinar kegembiraan melihat buku catatan mereka dan sebaliknya. Bagi sesiapa yang diberikan bukunya dari kanan maka janji Allah adalah syurga yang mengalir sungai-sungai dibawahnya manakala bagi yang menerima bukunya dari kiri atau belakang maka bersiap lah untuk diheret ke dalam neraka yang mengerikan.

            Setelah selesai pemberian buku-buku catatan amal kepada pemilik masing-masing beralih pula kepada peroses mizan atau timbangan amal-amal yang dikerjakan. Kita wajib beriman dengan adanya peroses mizan ini kerana ianya merupakan salah satu perkara sam’iyat yang telah disampaikan kepada umat Islam.

وَالْوَزْنُ يَوْمَئِذٍ الْحَقُّ فَمَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (8) وَمَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَئِكَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ بِمَا كَانُوا بِآَيَاتِنَا يَظْلِمُونَ (9)

8.  Timbangan pada hari itu ialah kebenaran (keadilan), Maka barangsiapa berat timbangan kebaikannya, Maka mereka Itulah orang-orang yang beruntung. 9.  Dan siapa yang ringan timbangan kebaikannya, Maka Itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka selalu mengingkari ayat-ayat kami.[20]

Allah maha adil ketika berlakunya peroses mizan atau timbangan amalan ini. Tidak akan terjadi sedikit pun kezaliman kepada hambanya. Setiap manusia akan melihat hasilnya di dunia sama ada amalan baiknya yang berat atau sebaliknya. Yang dizalimi akan diberikan hak untuk menuntut haknya, begitulah keadilan Allah dalam perbicaraan agung ini.

وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَإِنْ كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا وَكَفَى بِنَا حَاسِبِينَ (47)

47.  Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, Maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. dan jika (amalan itu) Hanya seberat biji sawipun pasti kami mendatangkan (pahala)nya. dan cukuplah kami sebagai pembuat perhitungan.[21]

Sesiapa yang berat kebajikannya maka syurgalah balasannya sedangkan bagi yang ringan timbangan kebajikannya maka nerakalah tempat yang akan dituju.

فَمَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (102) وَمَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَئِكَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ فِي جَهَنَّمَ خَالِدُونَ (103)

102.  Barangsiapa yang berat timbangan (kebaikan)nya, Maka mereka Itulah orang-orang yang dapat keberuntungan. 103.  Dan barangsiapa yang ringan timbangannya, Maka mereka Itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal di dalam neraka jahannam.[22]

Di dalam ayat lain Allah menjanjikan neraka Hawiyah kepada orang-orang yang ringan timbangan kebajikannya dan dijanjikan kehidupan yang senang lenang kepada sesiapa yang berat timbangannya.

فَأَمَّا مَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ (6) فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَاضِيَةٍ (7) وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ (8) فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ (9) وَمَا أَدْرَاكَ مَا هِيَهْ (10) نَارٌ حَامِيَةٌ (11

6.  Dan adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikan)nya, 7. Maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan. 8.  Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya, 9.  Maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah. 10.  Tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu? 11.  (yaitu) api yang sangat panas.[23]


[1] Surah al-Dhariyat: 56

[2] Surah al-Inshiqaq: 8-14

[3] Al-Balad: 18-20

[4] Surah al-Zalzalah: 1-5

[5] Surah al-Naba’:17-20

[6] Surah al-Inshiqaq: 1-5

[7] Al-Muddathir: 8-10

[8] Abdulfatah Haron Ibrahim (2003), Aqidah Ahli Sunnah wal Jama’ah da Kebatinan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

[9] Al-A’raf: 187

[10] Al-An’am: 31

[11] Surah al-Nazi’at: 6-7

[12] Surah al-Mutaffifin: 4-6

[13] Al-Nazi’at: 8-14

[14] Al-Najm: 47

[15] Qaf: 11

[16] Al-Jathiyah: 26-27

[17] Al-Qamar: 52-55

[18] Fatir: 9

[19] Al-Jathiyah: 28-32

[20] Al-A’raf: 8-9

[21] Al-Anbiy’: 47

[22] Al-Mu’minun: 102-103

[23] Al-Qari’ah: 6-11


mohd zakaria mahadi

No comments:

Post a Comment